Langkau ke kandungan

CERITA JUALDIRECTBAH

Setiap kereta ada nilainya.
Pemilik patut ada pilihan.

Pasukan JualDirectBah berpengalaman dalam urusan membeli, menjual dan membiayai kenderaan. Kami mahu pemilik ada lebih pilihan untuk menjual kereta pada harga yang lebih baik.

KENALI PASUKAN KAMI

Farhan & Shafiq.

Pengalaman kami merangkumi kereta baharu, kereta terpakai, recond import dan kenderaan komersial. Daripada pengalaman inilah datangnya idea untuk membina JualDirectBah.

Farhan, pasukan JualDirectBah

Farhan

Pasukan

Shafiq, pasukan JualDirectBah

Shafiq

Pasukan

KENAPA KAMI MEMBINA JUALDIRECTBAH

Lebih pilihan untuk kereta milik anda.

Kami percaya pemilik patut ada ruang untuk menentukan harga dan mencari pembeli yang sesuai. JualDirectBah diwujudkan untuk membantu pemilik mendapatkan peluang harga yang lebih baik, dengan pasukan yang mengurus pertanyaan dan membantu urusan jual beli.

Bila seseorang mahu jual kereta, kerja mereka bukan sekadar mengambil gambar dan meletakkan harga. Ada pertanyaan yang perlu dijawab, pembeli yang perlu disemak, baki pinjaman, dokumen dan urusan tukar milik.

Kami membina JualDirectBah supaya pemilik tidak perlu mengurus semuanya sendiri. Pembeli berurusan melalui pasukan kami dahulu. Nama dan maklumat hubungan pemilik tidak dipaparkan kepada orang ramai. Pemilik masih membuat keputusan tentang harga.

Untuk pembeli pula, ada tempat untuk bertanya, membuat tawaran dan mendapatkan bantuan dengan langkah seterusnya. Matlamat kami mudah: kurangkan kekeliruan dan bantu kedua-dua pihak meneruskan urusan dengan lebih jelas.

01

Pemilik tetap ada pilihan.

Anda tentukan harga iklan dan pertimbangkan tawaran. Kami bantu jelaskan pilihan anda.

02

Hubungan yang lebih terkawal.

JualDirectBah semak pertanyaan pembeli dan atur urusan sebelum melibatkan pemilik.

03

Kiraan yang boleh difahami.

Harga kereta, caj perkhidmatan dan baki untuk pemilik ditunjukkan berasingan. Tiada margin tersembunyi dalam cadangan harga.

ORANG DI SEBALIK JUALDIRECTBAH

Qawwam Mobility Sdn Bhd.

JualDirectBah dimiliki oleh Qawwam Mobility Sdn Bhd, nombor syarikat 202601028606 (1690701-M). Tumpuan kami ialah Sabah.

Direct Owner menghubungkan pembeli dengan kereta pemilik melalui JualDirectBah. JDB Certified ialah kategori berasingan untuk kereta milik JualDirectBah yang diurus oleh pasukan kami. Butiran keadaan, pemeriksaan dan perlindungan perlu disemak bagi setiap kereta.

Kami mahu membina perniagaan yang mudah digunakan, bertanggungjawab dalam mengurus maklumat peribadi dan jelas tentang setiap urusan.

Panduan JualDirectBah

Pembantu automatik

Hai! Nak beli atau jual kereta? Pilih topik di bawah atau taip soalan tentang pinjaman, dokumen atau caj.